:
MAKLUMAT SEKOLAH


Pengenalan

Diasaskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Negeri Perak pada tahun 1993 sebagai kesinambungan hala cara pendidikan Islam selepas TASKI atau pra sekolah. Penubuhan institusi ini adalah untuk memenuhi hasrat masyarakat yang ingin mendapatkan pendidikan anak mereka secara bersepadu yang berorientasikan pendidikan Islam.